Duit Kawen Cik Mar

April 02, 2010

mane pergi kasih seorg anak???

assalamualaikum semua~~
selamat ari jumaat teman2 blogger~~
ari ni cik mar sedey sesgt ble baca paper...
MANE PEGI KASIH ANAK PADA IBUNYE??
korang de baca metro x pasal 1 gurl nama Halimaton??
ni cik mar letak artikel dia wokey....

'Tunai janji lepas nikah'

"LANGKAWI: “Apa saja yang berlaku, saya mahu Halimaton terus bersekolah,” kata Normah Abd Mutalib, 46, ibu kepada Halimaton Abd Rashid, 15, yang akhirnya dibenarkan berkahwin dengan jejaka pilihannya, Mohamad Noor Abdullah, 19, apabila keluarga kedua-dua pihak bersetuju untuk menikahkan mereka dalam tempoh terdekat ini selepas berbincang selama tiga setengah jam, di sini, awal pagi semalam.

Normah ketika ditemui semalam, turut berpesan kepada bakal menantunya itu supaya menunaikan janjinya iaitu membenarkan Halimaton, antara pelajar terbaik UPSR Kedah 2007, terus bersekolah walaupun sudah bergelar isterinya.

“Saya juga mahu Halimaton ingat ketika saya mendukungnya ketika kecil dan membawanya ke kebun getah ketika saya menoreh... dialah harapan untuk mengubah nasib keluarga kami dan saya tidak mahu hasrat itu terbantut,” katanya.

Normah kelihatan tertekan dan kusut dengan situasi itu, tetapi reda dengan apa yang berlaku.
“Saya pun dah tak tahu nak cakap apa. Sebelum ini dia anak yang baik dan tidak pernah keluar rumah, tapi tiba-tiba jadi macam ini dan saya langsung tidak pernah terfikir keadaan ini,” katanya.

Perbincangan berakhir pada jam 2.04 pagi dengan kedua-dua pihak bersetuju pasangan remaja itu dikahwinkan selepas urusan pentadbiran termasuk kebenaran Mahkamah Syariah Baling diperoleh dan turut disertai Ketua Pemuda Umno Baling, Mohd Khairul Azhar Abdullah yang menyaksikan kedua-dua pihak bertolak ansur.

Normah juga dilihat hampir pengsan dan terpaksa ditenangkan ahli keluarganya selepas perbincangan peringkat pertama di IPD Langkawi dalam suasana tegang gagal.

Malah, turut berlaku situasi tegang di pekarangan IPD Langkawi ketika Halimaton mahu dibawa ke rumah Norsaidi apabila remaja terbabit menjerit dan memarahi sekumpulan jurugambar media dengan berkata, “Awat, Kodak banyak sangat ke?” Ketika mahu dibawa ke rumah berkenaan, Halimaton juga enggan menaiki kereta bersama ibunya, sebaliknya mahu menaiki kereta lain bersama ibu Mohamad Noor. Bagaimanapun, remaja terbabit akhirnya mengalah apabila diminta saudaranya supaya menemani ibunya.

Halimaton sebelum ini ketika ditemui berkata, dia sanggup meredah segala kepayahan bagi memastikan dia dan Mohamad Noor dapat berkahwin dalam tempoh terdekat.

pelik sgt2...
pe sudah jd pd anak gadis ni??xkesian ke dgn ibu dia???
umur halimaton ni sebaya dgn adik bongsu cik mar...
syukur adik cik mar sedegil2 dia masih mampu dikawal
insyaallah dia xkan hampakan kami sekeluarga...
pesanan cik mar tuk adik2 di luar sana...
ingt 1 je dlm idup kte...

sape yg berusaha menjage kte sewaktu baby smpai skrg??
sape yg bekerja keras tuk pastikn kte gembira dlm idup??
pnh kte terpikir x, pe akn jd dlm idup ni tanpa ibu???

cik mar xnafikan, selalu gak cik mar merajuk dgn mak...
tp after that msti rase bersalah dan terus minta maaf.
hanye tu mak yg cik mar ade dr dlu smpai sekarang
insyaallah cik mar xkan belakangkn mak dlm idup cik mar

SAYANG MAK SANGAT2!!

4 comments:

Anne Boleyn said...

hmmm~ sampai nye hati si halimaton ni..kesian kat mak dia. huh~ia. huh~

shapikapikabon said...

gatal sangat ke nak kawen?
rileks ar.
umur baru setahun jagung.

haih.budak2 skrg ni. :(

husnazainal said...

sian je ngan mak dia...
sampai nye hati dia tgk mak dia camtu..

♥♥Cik_Mar♥♥ said...

susah nk ckp skrg ni...bdk2 kecik pun dh dok pk kawen.baru setahun jagung dh dok berangan berumah tangga.