Duit Kawen Cik Mar

August 16, 2011

Mercun yang salah ke???

kebabooommmm!!!
perh...bunyi mercun memang tak tahan
kalau dok kat kampung lagi canggih
bunyi meriam buluh silih berganti
tak percaya???
jom ikut cik mar balik kampung perak tahun ni r!!!hehe
dekat sana budak darjah 2 @ 3 pun berani beb
main meriam buluh macam main bunga api sunset je
cik mar konfem la jadi tukang tengok dari jauh
tak berani amik risiko
kalau jadi pepehal memang salah diaorang la...hehe
kalau kat bandar2 plak stok femes dengan
mercun bola, botol, thunder clap, four colour, kentang
perh...banyak lagi ni nama mercun yang cik mar tau~~haha
semua tu mercun beli dan terus main
tapi salah mercun ke kalau ada yang cedera???
sebab dari dulu2 lagi dah femes dengan mercun
just tak banyak kes pasal cedera bermain mercun
but lately dah jadi perkara biasa plak
budak2 sekarang ni berani sangat
suka nak kasi "upgrade" bunyi mercun tu r konon
tapi padah membinasakan usaha mereka
sempena nak raya lagi 2 minggu ni
adik2, abang2 semua hati2 yer main mercun
kalau main mercun shot 16 @ shot 25 @ shot 138
sila panggil cik mar
seronok tengok mercun@ bunga api yang cantik tu kat langit




No comments: