Duit Kawen Cik Mar

September 25, 2011

AWAS ambil PIL DIET



Siapa yang paling suka dengan aktiviti DIET????
mesti perempuan2 yang paling ramai angkat tangan kan???
erm...dah cukup kurus pun still rasa gemok.
biasa sangat dah dengar ayat "aduh, aku dah nampak gemuk la"
semua nak merintih je...
lepas tu mula la amik produk2 diet
ada yang memang tegar akan amik PIL DIET
tapi kita tak sedar yang pil diet ni memberi kesan terhadap organ dalaman.
meh kita tinjau jenis pil diet dan kesannya!!!

1. Phentermine
    Pil diet ni telah diluluskan oleh FDA sekitar 1959 dan is bertindak terus pada otak
    untuk menyekat selera makan. cara diet ini diluluskan untuk yang mengalami obesiti
    ditahap yang terukdan boleh membahayakan pesakit namun ia perlu di selaraskan
    bersama program diet dan senaman. kesan sampingan pil diet ni, seperti ketagihan,
    meningkatkan tekanan jantung, darah tinggi, insommia dan debaran jantung.

2. Orlistat
    Pil diet ni bertindak menyekat lemak dari diserap oleh badan. Pil ni mampu menyekat
    sehingga 30% lemak daripada diserap. Caranya dengan mengambil pil diet ni setiap
    kali sebelum makan, tiga kali sehari. Pil diet ni tak begitu berkesan dan kesan buruknya
    pengguna akan kembali gemuk apabila menghentikan penggunaanya.

3. Bontril / Phendimetrazine
    Cara kurus menggunakan pil diet ini ialah mengurangkan selera makan. Namun pil diet
    ni diharamkan kerana kesan ketagihannya. Kesan jangka masa panjang boleh
    menyebabkan kerosakan sistem saraf, ketakutan, insomnia, letih & tekanan.

4. Liposuction
    Cara paling mudah untuk mengurangkan berat badan dalam masa yang singkat.
    Pengguna boleh kurus dalam masa 6 minggu sahaja. Cara kurus lebih kepada
    kaedah membentuk badan. menyedut keluar sebilangan besar lemak boleh memberikan
    trauma pada tubuh. Kaedah ini tidak kekal. Pengguna boleh kembali kepada bentuk
    asal jika mereka kembali kepada kaedah pemakanan sebelum diet.

So macam mana??? korang still nak makan pil ke????
renung-renungkan dan kembali beramal~~





No comments: