Duit Kawen Cik Mar

November 11, 2011

Doa Dipermudahkan Urusan

Hari ni mood untuk memberi sokongan dan dorongan pada adik-adik yang
bakal mengambil SPM next week.
Dalam apa jua urusan, kita pasti berinteraksi dengan orang lain.
maka dengan doa ini kita mohon kepada Allah swt agar
percakapan kia lancar dan jelas agar semua pihak memahami dengan tepat.



Waktu afdal Berdoa :

1. Ketika Bersujud Rasulullah saw pernah bersabda:
"Tempat yang paling dekatnya seorang hamba kepada Allah adalah 
di saat dia sujud, maka perbanyakkan doa".

2. Antara azan dan Iqamah Antara waktu terbaik untuk berdoa adalah di
antara azan dan iqamah, sebaiknya dalam keadaan berwuduk.

3. Pada Hari Jumaat Merupakan penghulu segala hari.

4. Doa orang yang berpuasa ketika bulan Ramadhan
Sesungguhnya doa orang yang berpuasa tidak akan ditolak, terutama
ketika bulan Ramadhan. Fadhilatnya berlipat kali ganda.

5. Doa orang yang teraniaya, musafir dan ibu bapa terhadap anaknya.

nota kaki: Banyakkan beramal yer adik-adik.


 
 

No comments: