Duit Kawen Cik Mar

November 11, 2011

Tips SPM


Next week wei....
Next week je lagi nak SPM
pe perasaan??? berdebar??? sape tak berdebar memang salute la....
adik-adik yang nak amik SPM next week jangan gugup
even korang memang patut gugup!!!hehe
meh sini cik mar bagi tips

1. Sekarang adalah masa korang untuk buat latih tubi sahaja.
ingat!!! latih tubi...bukan masa tuk selak buku rujukan lagi yer.

2. Banyakkan beramal, berdoa dan seangkatan dengannya. Minta Allah swt
permudahkan urusan kita dan kuatkan daya ingatan kita.

3. Berbuat baik pada semua orang terutama ibu bapa korang. actually setiap
masa kena buat baik ok!!!!

4. Bermaafan dengan musuh-musuh!!!hehe ala...jangan gaduh-gaduh lagi.
after abih exam nanti bukan korang jumpa lagi dah. paling penting bermaafan
dengan cikgu-cikgu kat sekolah tu. amik berkat orang cakap.

5. Pastikan korang dapat tidur yang cukup...sebab tidur yang cukup memberi
tenaga yang terbaik untuk korang. Otak pun cerdas adik-adik yer.

6. Sebelum masuk dewan exam, tak payah dok bincang-bincang lagi dengan member.
nanti mula la korang cuak. Maklumat di akhir-akhir waktu akan buat korang lagi
BLUR.

7. Lepas abis je jawab exam...sila JANGAN berbincang jawapan korang tu.
yang dah lepas biarkan terus berlalu. bukan korang mampu betulkan jawapan
tu balik kan??? so Prepare untuk paper seterusnya.

8. Last skali...bertawakal. Dengan usaha yang gigih, insyaallah result korang
akan cemerlang. bak kata pepatah "Banyak usaha, banyaklah hasilnya".

aiceh...memandai je kan buat pepatah tu!!!hehe

Nota Kaki : Cik mar pun bukan la pandai, sekadar berkongsi pengalaman.

2 comments:

Lelaki Ini said...

rndu kenangan belajar n SPM..
hehehe

Cik MaR said...

sama la...dulu time SPM banyak main. kalau tak, mesti dah jadi KAYA~~hehe