Duit Kawen Cik Mar

September 18, 2012

Kenangan Itu Indah

emosi sekarang bukan macam dulu
tambah-tambah bila dalam perjalanan pergi dan balik kerja
drive selama 45minit untuk pagi
dan 45minit untuk petang
sambil layan lagu-lagu dari Hot FM
dalam tak sedar sudah 26 tahun melalui kehidupan
belajar bertatih, berlari, membaca, berkawan, dan bekerja
tak lupa juga belajar bercinta
ermmm...benar kata pujangga
orang yang kita cinta tak semestinya menjadi jodoh kita
maka jangan labuhkan 100% hati dan cinta pada mereka
cukup sekadar berkongsi impian untuk hidup bersama
dan yakin segala-galanya ketentuan Ilahi
jangan bersedih seandainya jodoh kita tidak muncul sehingga kini
sedangkan orang sekeliling sudah temui jodoh mereka
percaya bahawa Allah swt sedang mengatur perjalanan hidup yang indah,
jodoh yang terbaik, dan kenangan yang terindah
dalam kehidupan kita.
Insyaallah "Happy Ending" akan bersama kita kelak
insyaAllah.


No comments: