Duit Kawen Cik Mar

February 06, 2013

SABAH bahhhhh

selamat membaca entri cik mar....hihi
awal bulan 2 adalah masa yang dinanti-nantikan
after berbulan-bulan lamanya baru lah berkesempatan melaksanakan
cuti-cuti bersama kawan-kawan!!!
kita ke SABAH....
ermm...tiket Airasia cik mar dah booking sejak bulan Mei 2012
tengok betapa bersabarnya kami....hahaha
bukan senang hendak menghitung hari
cik mar dengan kawan-kawan pergi ke Sabah 3 Februari 2013
flight pukul 9.25 pagi
ok...perasaan adalah terlalu excited
first time mau menjejakkan kaki ke borneo
pelbagai persediaan dibuat...konon!!!haha
seperti biasa survey hotel@chalet@ pe2 je...
last minit jugak cik mar cari tempat penginapan
last sekali jumpe Lavender Lodge
even bukan hotel 5star
but servis alhamdulillah....
terletak betul-betul di tengah bandar Kota Kinabalu
hari pertama sampai terus ronda-ronda bandar KK
terus menuju ke tempat makan
actually tak tau nak makan pe, so layan KFC dulu
lepas tu terus pegi Pasar Filipina mencari mutiara
tengok, hari 1st terus shopping barang tau sebab takmo pening kepala
tapi better korang shopping mutiara dekat kedai
Jamilah Accessories ok. lagi murah.
Hari ke2 kami sewa kereta untuk ronda2 jauh sikit
untuk menyenangkan perjalanan amik kerete myvi
cik mar adalah driver.
kami terus menyusuri bandar KK untuk ke Poring Hot Spring
perjalanan memang jauh sebab menuju ke arah Taman Kinabalu
terlalu banyak lori dan jalan macam Cameron Highland
kami sempat singgah ke Taman Kinabalu, Rumah terbalik dan gerai2 tepi jalan
rembat jugak la Baju t-shirt
kalau dekat bandar KK harga t-shirt sangat mahal around RM23-RM25
tapi di gerai-gerai tepi jalan berhampiran kundasang hanya RM15
untuk pengalaman di rumah terbalik pulak
macam tak berbaloi bayar tiket RM10 untuk masuk 1 rumah sahaja
tapi alang-alang dah sampai,
layankan aje kan....
apa yang cik mar dapat sepanjang berada di sana
makanan agak mahal. especially seafood.
malas nak bukak story pasal kami makan malam berharga RM218.
tekanan sangat bila telur dadar untuk 4orang berharga RM30
dan air tembikai 1 jag adalah RM30.
ok bye.
Thanks Sabah memberi kami pengalaman baru.
tapi orang2 Sabah sangat PERAMAH!!!

time mau berangkat!!!


shopping2 di Pasar Filipina

 Entrance Rumah Terbalik

 Rumah Terbalik!!!


No comments: